Categories
EKONOMI SELANGOR

INVEST: Menggalakkan, 90% booth SIE 2017 terjual

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JULAI: Selangor International Expo 2017 menerima sambutan
menggalakkan syarikat tempatan dan antarabangsa, kata Dato’ Hassan Azhari Idris.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (INVEST) itu berkata, sebanyak 90 peratus daripada ‘booth’ ditawarkan pada SIE yang bakal berlangsung pada September nanti sudah terjual setakat ini.

Katanya, 80 peratus daripada jumlah itu merupakan syarikat tempatan manakala baki 20 peratus lagi merupakan penyertaan syarikat luar negara.

“Setakat ini kita menerima penyertaan menggalakkan daripada dalam dan luar negara dan kita berpuas hati dengan sambutan diberikan.

SIE2017 1“Kita yakin, kesemua booth ditawarkan terjual menjelang SIE 2017 dan optimis SIE kali ini mampu mencatatkan transaksi menggalakkan sepertimana sebelum ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Invest Selangor, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Chang Khim.

INVESTSIE 2017 merupakan salah satu daripada tiga majlis besar yang bakal berlangsung di Selangor International Business Summit 2017 (SIBS 2017), bermula 7 hingga 12 September nanti.

SIE 2017 bakal mengambil tempat pada 14 hingga 17 September selepas penganjuran Selangor Smart City & Future Commerce Convention 2017 (7 hingga 9 September) dan Selangor-ASEAN Business Conference (11-12 September).

=EZY=