Categories
GLOBAL

Jokowi arah tembak mati pengedar dadah warga asing

JAKARTA 22 JULAI: Presiden Indonesia Joko Widodo mengeluarkan arahan untuk menembak mati pengedar dadah warga asing sebagai tindakan lebih tegas dalam memerangi musuh negara itu.

“Polis dan pihak tentera telah bertindak tegas terutama ketika berdepan pengedar dadah di negara ini.

“Jika ditahan, tembak saja, jangan tunjukkan belas kasihan,” katanya yang dikenali sebagai Jokowi, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Bercakap pada majlis di sini pada Jumaat malam, beliau juga memberi amaran bahawa negara itu dalam keadaan serius kerana masalah dadah.

Bagaimanapun, komennya menarik perhatian rakan sejawatannya, Rodrigo Duterte yang dikritik hebat kerana tindakannya memerangi pengedar dadah dan mengakibatkan ribuan terkorban.

Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan dadah yang tegas dan setakat ini 18 pengedar dadah ditembak mati sejak 2013.

Pada Jumaat minggu lepas, Polis Indonesia menembak mati pengedar dadah warga Taiwan kerana melawan ketika cuba ditahan.

=EZY=