Categories
PBT SELANGOR

Laluan baru basikal 15km di Shah Alam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JULAI: Laluan basikal baru sepanjang 15 kilometer (KM) di Shah Alam dijangka mula digunakan tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM2.4 juta.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, pembinaan laluan baru bersekali jalan raya itu mengambil contoh beberapa buah bandar di luar seperti Amsterdam, Milan dan Melbourne.

“Tambahan laluan ini turut menampilkan kelainan apabila laluan basikal baru ini bersekali dengan jalan raya.

“MBSA membezakan laluan basikal dan jalan raya menerusi perbezaan warna iaitu biru dan gambar dari segi keselamatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon Shah Alam 2017, di Teater Diraja Shah Alam, di sini.

MBSAAhmad Zaharin berkata beberapa jalan utama di pusat bandar seperti Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Bandaraya dan kawasan sekitar akan terbabit.

Katnya, pihaknya mensasarkan penduduk bandar bakal menggunakan laluan terbabit ke sesuatu tempat bagi mengurangkan penggunaan karbon.

Pada masa sama, beliau berkata MBSA sedang mengkaji perlaksanaan penyewaan basikal selepas laluan baru itu siap selain menumpukan di kawasan tumpuan pelajar.

“Sebuah syarikat dari Taiwan membentangkan projek ini kepada Kerajaan Negeri dan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, kita berminat dengan cadangan itu,” katanya.

Terdahulu, MBSA turut menyediakan kemudahan laluan basikal sepanjang 10 KM meliputi beberapa kawasan seperti Seksyen 3, 4, 5, 9, 14 melalui beberapa lokasi menarik.

Antaranya, Dataran Kemerdekaan, Taman Tasik Shah Alam dan Taman Lembah Bukit SUK.

=EZY=