Categories
SELANGOR

LZS hulur bantuan segera mangsa kebakaran

SHAH ALAM 8 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan awal dan segera kepada mangsa kebakaran ruma di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar.

Mangsa adalah Muhammad Nor Sabirin merupakan seorang peniaga yang mempunyai tanggungan seramai lima orang.

Dimaklumkan kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi semalam apabila hampir 100 peratus rumah yang diduduki hangus dijilat api.

“LZS memberi sumbangan awal wang tunai RM500 dan bantuan selebih nya akan diproses selepas ini.

“Semoga keluarga Muhammad Nor tabah dengan dugaan syawal ini,” tulis LZS di laman Facebooknya.

Sementara itu, SINAR HARIAN melaporkan , Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Al Hafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.54 pagi semalam.

19731917_10155332424086221_5560515934545432783_nKatanya, tiga jentera masing-masing sebuah dari BBP Sungai Besar, BBP Sabak Bernam dan BBP Sekinchan dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota diketuai Pegawai Operasi Wan Che Ahmad, berganding tenaga menjalankan operasi memadam kebakaran.

Jelasnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam sepenuhnya kebakaran rumah itu dan operasi ditamatkan pada jam 11.19 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi mangsa di talian 012-2409906 atau menyalurkan bantuan kewangan melalui akuan Maybank 162094154325 atas nama Muhammad Nor Sabirin

=EZY=