Categories
GLOBAL

Mesyuarat tergempar PBB bincang ujian ICBM Korea Utara

GLOBAL 5 JULAI: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tertutup berhubung tindakan terbaru Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), hari ini.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley menghubungi Presiden Majlis Keselamatan, Liu Jieyi yang juga Duta China, meminta diadakan mesyuarat tergempar, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Sebelum ini, China mendesak diadakan rundingan di antara Korea Utara dan kuasa dunia untuk menamatkan program nuklear berkenaan tetapi AS berkeras mahukan Pyongyang menghentikan ujian peluru berpandu dan nuklear.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres semalam, mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara.

DD4UGLwXgAAMfdA“Tindakan ini adalah satu lagi pelanggaran terhadap resolusi Majlis Keselamatan dan semakin membahayakan keadaan,” kata Guterres dalam kenyataan.

Sementara itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson mengesahkan Korea Utara buat pertama kalinya melancar ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

“Amerika Syarikat mengutuk tindakan Korea Utara itu. Tindakan negara itu mengadakan ujian ICBM mencetuskan ancaman baharu kepada Amerika Syarikat, sekutu dan rakan kami, rantau dan dunia, ” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, AS ‘tidak akan menerima Korea Utara, sebuah negara yang mempunyai senjata nuklear’.

https://selangorkini.my/2017/07/pakar-peluru-berpandu-korea-utara-boleh-capai-6700km-hingga-alaska/

=EZY=