Categories
PBT SELANGOR

MPSJ bertanding 9 acara SUKANUN 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengambil bahagian dalam sembilan acara di sukan sempena Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali berkata, pasukan MPSJ bertanding sembilan dari 21 acara tahun ini yang melibatkan semua agensi kerajaan dan badan berkanun di seluruh negara.

“Acara sukan dipertandingkan di Universiti Teknikal Melaka Melaka (UTeM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka bermula semalam hingga 27 Julai ini.

“Antara acara yang MPSJ sertai adalah salam sukan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka, Bola Sepak 9 Sebelah Veteran, sepak takraw, bola jaring, futsal kategori lelaki, catur, dart, karom dan gold berpasukan,” katanya.

Beliau turut berharap kakitangan yang mewakili MPSJ memberi sepenuh tumpuan dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung dan membawa keyajaan kepada MPSJ.

=EZY=