Categories
SELANGOR

MPSJ peduli golongan kurang bernasib baik

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 23 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil inisiatif bagi meringankan bebanan ditanggung golongan kurang bernasib baik dengan memperuntukkan sejumlah RN72,000 melalui program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB)2017.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, berkata, sumbangan sebanyak RM200 kepada 360 penerima itu melibatkan orang kelaian upaya (OKU), ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

“Seramai 15 penerima bagi setiap JKP bagi 24 Zon MPSJ dikenalpasti di mana sumbangan ini membuktikan MPSJ amat komited membantu masyarakat di kawasan pentadbirannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan PKMB 2017 di Dewan Orang Ramai, Puchong Perdana di sini, hari ini.

MPSJJelasnya, usaha MPSJ itu selaras dengan Pelan Strategik MPSJ 2030 (pindaan 1/2013), teras 5 iaitu pembentukan masyarakat madani.

Pada majlis itu, selain menerima sumbangan, para penerima turut diraikan dengan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri sambil dihiburkan dengan persembahan Combo MPSJ.

=EZY=