Categories
SELANGOR

Padah pakir di petak OKU, MPK sita motosikal

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 5 JUL: Padah pakir di petak orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Batai Laut, dua motosikal di sita Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, tindakan dalam satu kejadian jam 2.25 petang itu dilakukan selepas menerima aduan awam berkaitan perkara terbabit.

Katanya, MPK tidak akan berkompromi terhadap pihak tidak mengikut peraturan.

“Selepas pemeriksaan, MPK mendapati dua motorsikal itu masih berada di petak parkir OKU seperti yang dimaklumkan pengadu.

YDP MPK“MPK menyita kenderaan itu dan membawanya ke depoh tunda MPK,” katanya.

Pada masa sama, Yasid berkata MPK akan memperhebatkan pemantauan di kawasan pasar raya, pejabat serta bangunan komersial berkaitan salah guna petak parkir.

“MPK akan mendenda, mengunci atau menyita kenderaan yang diparkir di petak tidak dibenarkan,” katanya.