Categories
GLOBAL

Penjualan senjata Patriot Amerika cetus kebimbangan Rusia

GLOBAL 12 JULAI: Amerika Syarikat sedia meluluskan perjanjian penjualan sistem pertahanan udara Patriot bernilai AS$3.9 bilion (RM16.75 bilion) kepada Romania.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Jabatan Negara Amerika Syarikat bersedia meluluskan perjanjian penjualan sistem pertahanan udara itu yang dijangka pada masa sama mencetuskan kebimbangan pihak Rusia.

“Jabatan Negara sudah memutuskan untuk meluluskan sistem pertahanan udara Patriot kepada tentera Romania, termasuk sistem sokongan dan peralatan berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membantah penjualan itu.

Patriot_missile_launch_bNamun, ia tidak mungkin berlaku, memandangkan Romania adalah negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Penjualan senjata itu selepas Amerika Syarikat menggerakkan sistem senjata itu ke Luthuania sebagai sebahagian pelaksanaan latihan NATO di negara wilayah Baltik.

Sistem Patriot meluas digunakan semasa Perang Teluk serta perang di Yaman oleh pakatan ketenteraan diterajui Arab Saudi.

=EZY=