Categories
GLOBAL

Pesawat pengebom Amerika sertai ujian hadapi Korea Utara

GLOBAL 9 JULAI: Dua pesawat pengebom supersonik Amerika Syarikat (AS) melakukan ujian senjata hidup semalam di Korea Selatan susulan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara.

Menurut tentera Korea Selatan, kedua-dua pesawat pengebom B-1B Lancer itu terbang dari sebuah pangkalan AS di wilayah Guam dan menyertai pesawat pejuang Korea Selatan.

Ia untuk melakukan simulasi memusnahkan peluru berpandu ba­listik musuh dan kemudahan bawah tanah, kata pasukan tentera udara Korea Selatan, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Korea Utara mengumumkan pada Selasa lalu bahawa Pyongyang berjaya menguji ICBM dan berkata, peluru berpandu itu mampu membawa sebutir kepala peledak nuklear yang besar dan berat.

Beberapa penyelidik percaya peluru berpandu itu boleh sampai ke Alaska dan Hawaii selain memberi bukti signifikan terhadap niat Korea Utara yang mahu membina peluru berpandu nuklear yang boleh membedil tanah besar AS.

ANDERSEN AIR FORCE BASE, GUAM -- A B-1B Lancer soars over the Pacific Ocean after air refueling training here Sept. 30. The B1B Bomber is deployed to Andersen Air Force Base, Guam, as part of the Pacific Commands continuous bomber presence in the Asia-Pacific region, enhancing regional security and the U.S. commitment to the Western Pacific.  The B1 is from the 37th Bomb Squadron, Ellsworth Air Force Base, South Dakota. (U.S. Air Force Photo by Staff Sgt. Bennie J. Davis III)

Pengebom B-1B menjalani latihan menggunakan peluru sebenar di wilayah Gangwon, timur Korea Selatan dengan menjatuhkan senjata semasa simulasi serangan terhadap sebuah pelancar peluru berpandu, kata tentera udara Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Latihan serangan pesawat pejuang Korea Selatan dan AS itu bertujuan untuk menyerang sasaran musuh yang bersembunyi di bawah tanah, katanya.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap berkata, pesawat pengebom itu kemudian terbang ke barat, menghampiri sempadan Zon Bebas Tentera (DMZ) di antara Korea Utara dan Korea Selatan sebelum meninggalkan ruang udara Korea Selatan.

=EZY=