Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut, didorong minat berterusan dalam aset pasaran baharu muncul di tengah-tengah kekurangan rangsangan di ekonomi utama, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.2840/2870 berbanding dolar AS berbanding penutup semalam, 4.2900/2930.

Peniaga berkata, keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah membantu memacu minat dalam aset pasaran baharu muncul.

Sementara itu, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1343/1379 dari 3.1307/1340 dan lemah berbanding yen kepada 3.8250/8284 dari 3.8174/8218. semalam.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding pound kepada 5.5516/5560 dari 5.5620/5663 semalam, tetapi lemah berbanding euro kepada 4.9810/9849 dari 4.9348/9387.

*Sumber: BERNAMA