Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah 4.2900/2930 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen berhati-hati menjelang pengeluaran perangkaan ekonomi esok.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu berada pada paras 4.2900/2930 berbanding dolar AS daripada paras penutup semalam 4.2860/2890.

Namun, ia kembali mengukuh kepada 4.2860/2890 pada jam 9.58 pagi.

Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata laporan inflasi pada Jun akan dikaji dengan teliti untuk petunjuk kestabilan berterusan selepas mencapai paras tertinggi lapan tahun sebanyak 5.1 peratus pada Mac.

“Angka inflasi yang memenuhi atau berada di bawah konsensus pasaran sebanyak 3.9 peratus mungkin menggambarkan tanda kestabilan harga dan akhirnya menyokong sentimen yang bertambah baik terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1330/1357 daripada 3.1310/1343 semalam dan menyusut berbanding yen kepada 3.8189/8223 daripada 3.8108/8138.

Unit tempatan itu jatuh berbanding pound kepada 5.6078/6143 daripada 5.6039/6092 semalam, tetapi jatuh berbanding euro kepada 4.9413/9465 daripada 4.9113/9152 pada Isnin.

SUMBER: BERNAMA