Categories
EKONOMI

Ringgit ditutup rendah 4.2795/2835 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 29 JULAI: Ringgit berada lebih rendah sedikit pada penutup semalam berikutan pengambilan untung menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2795/2835 berbanding dolar daripada penutup Khamis 4.2760/2790, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, peserta pasaran menempah keuntungan susulan kenaikan direkodkan oleh mata wang Asia termasuk ringgit selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dasarnya pertengahan minggu ini.

“Kelihatannya harga minyak lebih tinggi tidak mampu meningkatkan mata wang tempatan dalam dagangan hari ini,” kata peniaga itu.

=EZY=