Categories
SELANGOR

Rumah terbuka Parlimen Gombak, DUN Batu Caves meriah

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 15 JULAI: Rumah terbuka Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves berlangsung meriah malam tadi apabila dihadiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, berkata keadaan ini menunjukkan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Kita dapat lihat pelbagai lapisan agama dan bangsa hadir dengan suasana harmoni.

“Diucapkan terima kasih kepada semua hadirin,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak dan DUN Batu Caves di padang awam Batu Caves di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, selain memberi duit raya kepada kanak-kanak, Amirudin turut menyampaikan sumbangan tunai kepada golongan fakir dan miskin.

IMG_2554Sementara itu, tinjauan Selangorkini mendapati orang ramai mula berpusu menuju ke tapak majlis sejak petang lagi hingga menyebabkan petak meletak kenderaan di kawasan berhampiran penuh.

Selain menikmati juadah disediakan, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy Sian; ADN Taman Medan, Haniza Talha dan ramai lagi.

=EZY=