Categories
SUKANKINI

Selangor tumbangkan Perak 1-0 dengan 10 pemain

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

IPOH 11 JULAI: Pasukan bola sepak Selangor berjaya memperolehi tiga mata penting apabila menewaskan Perak 1-0 pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Ipoh.

Biarpun Selangor bermain hanya 10 pemain selepas Andik Vermanshah dilayangkan kad merah pada minit ke-56′ selepas mengasari Zaquan Adha.

Namun kesungguhan dan kekentalan semangat juang Red Giants terbukti apabila menjaringkan gol pada minit ke-62.

Gol itu diperolehi melalui sepakan lambung cantik Francis Forkey Doe selepas kesilapan Shahrom Kalam terus menerjah jaring gol Perak.

Gol itu sudah cukup untuk dipertahankan Selangor sehingga minit terakhir biarpun Perak menggandakan asakan bertali arus di segenap ruang dan penjuru.

Kini Selangor berada di tangga keempat liga daripada 15 perlawanan dengan mengumpul 23 mata di belakang Pahang yang menduduki tangga ketiga dengan 24 mata.

Selepas ini Selangor bakal berkunjung ke Stadium Darul Aman menentang Kedah pada aksi liga seterusnya pada 15 Julai (Sabtu) ini.

Berikut keputusan penuh aksi Liga Super :

Pahang 0 JDT 2

Sarawak 1 FELDA United 3

T-Team 3 Kelantan 1

Perak 0 Selangor 1

Melaka 2 Kedah 4

P Pinang 0 PKNS 2

DEdmplpUwAAtrPj

=EZY=