Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL jadi pilihan tiga saudara

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 9 JULAI: Tiga saudara sepakat memilih Universiti Selangor (UNISEL) sebagai menara gading mereka melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan.

Dalam lingkungan 11 pagi, Nur Syania Mohd Saiful bersama adik kembarnya Nur Syavia Mohd Saiful berserta sepupunya Siti Nur Ain Azira Subki tiba di Kampus Bestari Jaya dengan ditemani ibu bapa masing-masing untuk pendaftaran, semalam.

Mengulas UNISEL sebagai universiti pilihan, Syania mengakui kelebihan universiti itu berbanding institusi pengajian swasta lain meyakinkannya dan saudara lain untuk mendaftar sebagai pelajar.

“Ayah saya mencadangkan kepada kami untuk melanjutkan pengajian di UNISEL kerana yakin akan kemampuan UNISEL terutama sekali dari segi tenaga pengajar, pengiktirafan serta kecemerlangan akademik.

UNISEL1“Ibu saya juga merupakan seorang pensyarah di universiti swasta di Kelana Jaya tetapi ibu lebih yakin dengan kemampuan UNISEL kerana terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah.

“Kami bertiga yakin UNISEL pilihan tepat tanpa ragu dan kami juga yakin kami mampu menjadi pelajar terbaik di sini,” katanya lapor Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan.

Sementara itu, Hasril berkata, tarikh pendaftaran pelajar baru pengambilan Julai akan dilanjutkan bermula 10 Julai sehingga 21 Julai 2017.

Katanya, mereka yang berminat juga boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam atau Bestari Jaya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 012-3401740 atau 011-33907681

.

=EZY=