Categories
GLOBAL

Wilayah Barat Kanada diisytihar darurat, beribu-ribu terpaksa pindah

MONTREAL KANADA 9 JULAI: Beribu-ribu penduduk di British Columbia terpaksa meninggalkan kediaman ekoran kebakaran hutan semakin kritikal sehingga mendesak Kerajaan British Colombia membuat pengisytiharan darurat di bahagian barat Kanada.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Ketua Pengurusan Kecemasan dan Pengangkutan Wilayah, Todd Stone berkata, langkah itu terpaksa diambil berikutan situasi semasa kebakaran yang dijangka semakin meningkat.

“Pendekatan luar biasa ini adalah keputusan kerajaan dalam usaha menangani situasi yang semakin mencemaskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Cuaca panas dan kering adalah penyumbang terbesar kepada kebakaran berkenaan dengan rekod menunjukkan 138 kebakaran baharu dikesan hari ini.

bconeJabatan Alam Sekitar Kanada berkata, penduduk kawasan sekitar trlah diarahkan berpindah dari perkampungan Ashcroft dan Cache Creek di daerah Thompson-Nicola malah sebuah hospitak di Ashcroft turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih daripada 3,600 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di daerah Kamloops, kira-kira 100 kilometer di timur Ashcroft.

Hampir 2,000 anggota bomba dan penyelamat dikerah untuk memadamkan api disokong penggunaan jentera berat dan helikopter.

=EZY=