Categories
SUKANKINI

Arsenal julang Piala Perisai Komuniti tewaskan Chelsea

LONDON 6 OGOS: Arsenal memulakan musim baharu dengan kemenangan penalti 4-1 menentang Chelsea dalam Community Shield di Wembley.

Chelsea mendapat gol awal menerusi Moses pada minit ke-46.

Arsenal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 melalui tandukan cantik menerjah gawang melalui Kolasinac untuk menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Arsenal menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-1
Info: Arsenal (3-4-2-1)

Senarai pemain: Petr Cech; Rob Holding, Per Mertesacker, Nacho Monreal; Hector Bellerin, Mohamed Elneny, Granit Xhaka, Alex Oxlade-Chamberlain; Alex Iwobi, Danny Welbeck; Alexandre Lacazette

Pengurus: Arsene Wenger

Info: Chelsea (3-4-2-1):

Senarai pemain: Thibaut Courtois; Cesar Azpilicueta, David Luiz, Gary Cahill; Victor Moses, Cesc Fabregas, N’Golo Kante, Marcos Alonso; Willian, Pedro; Michy Batshuayi

Pengurus: Antonio Conte