Categories
GLOBAL

AS: Korea Utara lancar tiga peluru berpandu jarak dekat

SEOUL 26 OGOS: Amerika Syarikat mengesahan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik jarak dekat awal pagi hari ini, kata tentera Amerika Syarikat, susulan ketegangan antara Pyongyang dan Washington.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sebanyak tiga peluru berpandu itu dilancarkan ketika puluhan ribu tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera

Dua daripada peluru berpandu itu gagal terbang dan yang ketiga meletup dengan pantas, kata jurucakap Pemerintah Pasifik AS.

Komander Dave Benham berkata, tiada satu pun peluru berpandu itu yang dilancarkan berhampiran Kittaeryong, memberi ancaman kepada Amerika Utara atau wilayah AS di Guam.

AS KOREA UTARA“Peluru berpandu pertama dan ketiga gagal membuat penerbangan, manakala yang kedua, meletup hampir serta-merta,” katanya sambil menambah pelancaran itu dibuat dalam tempoh 30 minit.

Dilaporkan peluru berpandu itu terbang sejauh 250 kilometer sebelum jatuh di Laut Jepun.

=EZY=