Categories
NASIONAL

Banjir Melaka kekal 108 mangsa

MELAKA 20 OGOS: Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 108 orang daripada 29 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi di Jasin setakat jam 8 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, 98 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di SK Tehel manakala 10 orang daripada tiga keluarga pula di Balai Raya Seri Mendapat.

“Kami menjangka lebih ramai penduduk dibenarkan pulang ke rumah hari ini memandangkan cuaca cerah berterusan dan banjir yang mula surut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Effendy yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka berkata keadaan cuaca di Melaka pada ketika ini dilaporkan baik.

SUMBER: BERNAMA