Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka 1,773.27 mata

KUALA LUMPUR 15 OGOS: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki pasaran lain di Asia dan prestasi ekuiti global yang semakin mengukuh, susulan pelabur Wall Street yang lebih lega dengan perkembangan ketegangan geo-politik Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.

Pada jam 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) didagangkan lebih tinggi 2.19 mata kepada 1,773.27 berbanding 1,771.08 semalam.

Indeks dibuka 1.79 mata lebih tinggi kepada 1,772.87.

Sentimen positif menyelubungi pasaran hari ini dengan kaunter untung 142 mengatasi rugi 41, manakala 122 kaunter tidak berubah, 1,545 tidak didagangkan dan 34 digantung.

SUMBER: BERNAMA