Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah, hari ini ekoran kekurangan permintaan belian saham tempatan, sejajar prestasi pasaran saham global, kata peniaga.

Pada jam 9.01 pagi tadi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 0.89 mata lebih rendah pada
1,775.3 berbanding 1,776.22, pada Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.5 mata lebih rendah, pada 1,774.72.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 113 berbanding 42, dengan 160 kaunter tidak berubah, 1,527 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

*Sumber: BERNAMA