Categories
GLOBAL

Guam tak gentar serangan peluru berpandu Korea Utara

GUAM 9 OGOS: Amaran serangan peluru berpandu Korea Utara terhadap Guam bukan satu ancaman kerana pulau itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk melindungi rakyat dengan sistem pertahanan strategik.

Gabenor Guam, Eddie Calvo berkata, Guam bukan sekadar penempatan tentera. Ia adalah sebahagian daripada Amerika, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Calvo dalam mesej video dalam talian di sini berkata, beliau sudah menghubungi Rumah Putih berhubung perkara itu dan diberitahu oleh jabatan pertahanan dan keselamatan negara bahawa tiada perubahan selepas amaran itu dikeluarkan.

Peluru Korea UtaraCalvo berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan komander tentera Guam dan membincangkan langkah yang patut diambil dalam menangani isu itu.

Sementara itu, anggota Kongres, Madeleine Z Bordallo berkata, beliau yakin tentera AS akan melindungi Guam daripada sebarang ancaman dari Korea Utara.

Beliau meminta Presiden Donald Trump menunjukkan kepemimpinan mantap dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meredakan ketegangan serta menghalang Pyongyang melakukan ujian senjata pada masa depan.

“Guam kekal selamat dan saya yakin dengan keupayaan pertahanan AS melindungi pulau kami dan sekutu di rantau ini,” kata Bordallo dalam satu kenyataan di sini.

=EZY=