Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia jatuh 2%

NEW YORK 2 OGOS: Harga minyak dunia mencatatkan kejatuhan dua peratus daripada paras dua bulan tertinggi semalam apabila pengeluar minyak mentah utama dunia meneruskan pengeluaran pembekalan.

Ia mencetuskan kebimbangan kepada pelabur selepas peningkatan rali yang stabil sejak beberapa minggu lalu mungkin terlebih nilai dan terlalu cepat, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Aktiviti penjualan mula berlaku pada penghujung pagi apabila harga minyak mencecah paras terendah Isnin dengan lebih 925,000 kontrak hadapan AS didagangkan menjadikan pasaran dagangan yang paling sibuk untuk tempoh tiga minggu.

Pengeluaran ahli OPEC mencatatkan kenaikan pada Julai berdasarkan tinjauan Reuters di sebalik lanjutan usaha pengurangan bekalan.

Ia mencetuskan aktiviti penjualan minyak AS yang menyaksikan peningkatan besar melebihi 16 peratus sejak akhir Jun.

Laporan inventori AS pada Selasa dan Rabu dijangka akan menyaksikan stok simpanan minyak menjunam 2.9 juta tong minggu lalu, iaitu penurunan mingguan kelima berturut-turut.

Minyak mentah Brent berlegar lebih rendah 94 cent atau 1.8 peratus kepada AS$51.78 setong, manakala minyak mentah AS turun AS$1.01, atau dua peratus kepada AS$49.16 setong.

=EZY=