Categories
GLOBAL

Helikopter pertahanan maritim Jepun terhempas

GLOBAL 27 OGOS: Sebuah helikopter milik Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (MSDF) kehilangan komunikasi dan kemungkinan ia terhempas, kata Kementerian Pertahanan Jepun awal pagi Ahad.

Helikopter SH-60 hilang perhubungan sekitar jam 11.00 pagi waktu tempatan (GMT1400) pada hari Sabtu semasa latihan di Selat Tsugaru antara Honshu dan Hokkaido di utara Jepun.

Empat orang berada di dalam helikopter. Salah seorang daripada mereka telah diselamatkan, dan MSDF masih mencari tiga yang lain, kata kementerian itu.

=EZY=