Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Kajian kepuasan responden PBT Selangor meningkat hingga 74 peratus

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kajian Merdeka Centre for Opinion Research (Merdeka Centre) mendapati tahap kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor pada 2016 berada di tahap yang tinggi sehingga mencapai 74 peratus.

Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 18 peratus dan diikuti Majlis Perbandaran Klang (MPK) di tempat kedua.

“Antara PBT menunjukkan peningkatan paling ketara adalah MBPJ sehingga 18 peratus dan kedua MPK dan diikuti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan 12 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Kepada Pesara 2016 MPK di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, pada 4 Ogos lalu.

Jelasnya, selain itu peratus aduan oleh responden juga menurun secara signifikan daripada 21 peratus tahun sebelumnya kepada 15 peratus pada 2016.

Katanya, perkembangan terbaru ini merupakan satu galakkan kepada warga kerja MPK untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang di PBT itu.

=EZY=