Categories
SELANGOR

Kunjungan duta Switzerland dan Sweden teroka pelaburan baru

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 OGOS: Kehadiran Duta Switzerland ke Malaysia, H.E. Michael Winzap di pejabat Dato’ Menteri Besar, semalam memberi peluang Kerajaan Negeri meneroka pelaburan baru.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu medan bertukar pandangan dan pelaburan antara Switzerland dan Selangor.

Katanya, ia sekaligus bertujuan untuk memartabatkan anak-anak Selangor.

“Kami bertukar pandangan dan meneroka peluang pelaburan antara Selangor dan Switzerland, khususnya untuk memartabatkan anak-anak Selangor,” katanya.

Pada sebelah pagi, Mohamed Azmin turut menerima kunjungan Duta Sweden ke Malaysia, H.E. Dag Juhlin Dannfelt ke pejabatnya.

IMG_6387Beliau menyifatkan pertemuan itu sekaligus mengangkat imej Kerajaan Negeri di mata dunia.

“Saya berbesar hati atas lawatan dan mengambil peluang ini untuk mengangkat imej Selangor di mata negara Sweden.

“Pertemuan ini bagi menarik lebih banyak pelaburan dan pengembangan ekonomi negeri,” katanya.

=EZY=