Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

PEKAWANIS komited bantu golongan kurang berkemampuan

OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK, 26 OGOS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor(PEKAWANIS) komited untuk membantu golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan seharian secara berterusan.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, pertubuhan itu kini sedang merangka program khusus untuk golongan terbabit.

“Kita sedang merancang untuk adakan program untuk golongan ini daripada pelbagai peringkat dan bangsa.

“Ia bagi membantu mengurangkan beban mereka dengan memenuhi keperluan yang mereka perlukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 15 asnaf di Masjid Asy Syakirin, di sini.

PEKAWANISPada masa sama, Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu berkata, PEKAWANIS sentiasa turun padang mendengar rintihan sekaligus menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.

“Program ini sememangnya diteruskan sepanjang masa. Oleh itu, kita mahu memperluaskan program seperti ini dengan kerjasama pihak bertanggungjawab,” katanya.

Dalam program itu, kira-kira 15 asnaf sekitar Gombak menerima wang tunai yang merupakan sumbangan peribadi, keluarga dan rakannya.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu mereka membeli barangan keperluan harian,” katanya.

=EZY=