Categories
GLOBAL

Peluru berpandu Korea Utara terbang 2,700 km lepasi Jepun

SEOUL 29 OGOS: Peluru berpandu antara benua (ICBM) dilancarkan Korea Utara melepasi Jepun dalam ujian terbaru negara itu dalam peningkatan besar Pyongyang di tengah ketegangan berhubung program senjatanya.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan peluru berpandu ICBM itu jatuh
ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, kata Tokyo.

Ia terbang kira-kira 2,700 kilometer pada ketinggian maksimum 550 kilometer, katanya, menambah Korea Selatan dan AS menganalisis rapi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada peluru berpandu Korea Utara terbang melepasi Jepun selama beberapa tahun dan pelancaran dilakukan selepas tempoh tegang di rantau itu.

DIWWi7SVoAA06m9Korea Utara mengancam menembak peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam, manakala Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras Pyongyang berdepan api kemarahan dan menegaskan senjata Washington sudah bersedia.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melaksanakan sekatan ketujuh ke atas Korea Utara, mengetatkan halangan ke atas eksport dan pelaburan di negara itu.

Ketegangan semakin mengendur baru-baru ini tetapi Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu hari ini pada jam 5.50 pagi waktu tempatan dari Sunan berhampiran Pyongyang, dan terbang ke timur dan melepasi Jepun.

=EZY=