Categories
SELANGOR

Pembangunan Masjid Al-I’tisam dapat perhatian MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 OGOS: Institusi masjid dan surau di Selangor terus giat dibangunkan, sama ada dalam aspek pembangunan fizikal mahupun kerohanian.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk Masjid Al-I’tisam di Taman Tun Dr Ismail Jaya (TTDI Jaya) yang sedang menjalankan projek membina bangunan baru.

“Saya lihat pimpinan dan pengurusan masjid ini menunjukkan komitmen tinggi yang bukan sahaja dalam konteks pembangunan tetapi usaha mengimarahkan institusi itu sendiri yang perlu diberi sokongan.

“Saya dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melihat permohonan dikemukakan dan menjadi komitmen Kerajaan Negeri memberi sokongan pembangunan masjid serta surau,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, pembangunan masjid dan surau dalam pelbagai aspek perlu dititikberatkan ekoran institusi itu adalah tempat pembangunan umat Islam termasuk memupuk perpaduan.

Terdahulu, Mohamed Azmin menunaikan solat Jumaat bersama penduduk, di situ sebelum dibawa meninjau kawasan bangunan baru masjid berkenaan.

344A5335 344A5374 IMG_20170811_144856