Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2745/2775 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 1 OGOS: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan awal pagi ini dalam permintaan lemah daripada pengeksport dan kelemahan mata wang AS.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.2745/2775 berbanding dolar AS lebih tinggi berbanding 4.2800/2830 yang dicatatkan semalam.

Bagaimanapun, ringgit berdepan dengan tekanan berbanding mata wang utama lain melainkan dolar Singapura, lapor BERNAMA.

Unit tempatan itu didagangkan lebih tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1537/1571 berbanding 3.1542/1569 semalam.

Namun ringgit lebih lemah berbanding yen kepada 3.8760/8798, pound British kepada 5.6445/6501 dan euro kepada 5.0546/0599 semalam.

=EZY=