Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tingkat hubungan Selangor – AS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 OGOS: Kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdir ke pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, menjadi medan kepada hubungan lebih erat antara kedua-dua pihak.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu membuka ruang baik kepada Selangor apabila pelbagai perkara dibincangkan dalam kesempatan itu.

“Kami bertukar pendapat termasuk isu geopolitik.

IMG_20170815_133257“Kami juga berkongsi kebimbangan sama berhubung keselamatan serantau dan mahu meningkatkan hubungan bilateral dengan AS, khususnya untuk Selangor,” katanya.

Awal Ogos ini, pejabat Dato’ Menteri Besar turut menerima kunjungan Duta Sweden ke Malaysia, H.E. Dag Juhlin Dannfelt dan Duta Switzerland ke Malaysia, H.E. Michael Winzap.

Kunjungan hormat terbabit disifatkan mengangkat imej Selangor di mata dunia di samping menarik lebih banyak pelaburan penyumbang perkembangan ekonomi negeri.