Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Belanjawan Selangor 2018 dibentang 3 November

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Belanjawan Negeri Selangor 2018 akan dibentangkan pada 3 November ini, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh.

Hannah Yeoh“DNS akan bersidang pada 3 November, sekali gus Dato’ Menteri Besar membentangkan belanjawan negeri,” katanya kepada SelangorKini pada perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik di perkarangan Bangunan Maju Junction, di sini, semalam.

Katanya, Belanjawan Negeri Selangor 2018 akan dibentangkan selepas belanjawan peringkat persekutuan dibentangkan terlebih dahulu, di Dewan Rakyat sama seperti tahun sebelumnya.

Terdahulu, belanjawan Selangor adalah belanjawan negeri yang paling mendapat tumpuan bukan sahaja rakyat negeri terkaya itu, malahan seluruh Malaysia amnya.

Hal itu ekoran, belanjawan yang dibentangkan Kerajaan Negeri PAKATAN itu kerap menampilkan idea segar bagi memastikan kemakmuran ekonominya dan kebajikan rakyat terjamin.