Categories
NASIONAL

Cuaca diramal tidak menentu sepanjang Aidiladha

SHAH ALAM, 1 SEPT: Cuaca tidak menentu diramal di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Aidiladha, hari ini dengan hujan serta ribut petir, pada sebelah petang dan malam.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan itu berlaku ekoran monsun barat yang biasanya dikaitkan dengan perubahan corak tiupan angin tidak menentu.

Pada sebelah petang pula dijangka hujan berserta ribut petir di kawasan pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu, hujan dijangka turut melanda bahagian barat dan pedalaman Sarawak serta bahagian pantai barat juga pedalaman Sabah, pada sebelah petang.

Manakala beberapa tempat di Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda hujan, pada sebelah malam.

*Sumber: BERNAMA