Categories
BERITA UTAMA EKONOMI SELANGOR

IBS 2017 raih lebih RM200 juta aliran masuk kewangan negeri

OLEH: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 SEPT: Selangor berjaya membawa masuk aliran kewangan melebihi RM200 juta hasil penganjuran Selangor International Business Summit 2017, tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding penganjuran persidangan sama tahun lalu.

“Lebih daripada RM200 juta urusniaga perniagaan telah dibawa masuk sepanjang persidangan berlangsung berbanding jumlah RM100 juta tahun lalu.

“Ini boleh dianggap sebagai pencapaian terbaik konvensyen dan kita optimis mampu meraih lebih tinggi lagi untuk tempoh akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup SIBS 2017 di Setia City Convention Centre, di sini petang ini.

IMG_20170917_154104Beliau percaya, pertumbuhan positif itu didorong hasil keberkesanan penganjuran SIBS 2017 yang melibatkan peluang keusahawanan dan pelaburan luar.

Terdahulu, persidangan antarabangsa itu melibatkan pembahagian tiga komponen utama iaitu penganjuran Forum Smart City, Forum Smart & Green City dan Forum Perdagangan Elektronik.

Menariknya, ia turut melibatkan organisasi dan syarikat dari dalam dan luar negara daripada pelbagai komponen industri pelaburan serantau.

Matlamat penganjurannya juga dilaksanakan bagi menjadikan Selangor sebagai gerbang destinasi pelaburan ASEAN paling kukuh.

=EZY=