Categories
SELANGOR

Rampasan kuasa mustahil berlaku, sokongan ADN kekal utuh

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 SEPT: Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi menafikan kononnya akan berlaku peralihan rampasan kuasa melalui jalan belakang di Selangor.

Beliau berkata, perkara itu mustahil dilaksanakan di Selangor, memandangkan sokongan Ahli Dewan Negeri (ADN) terhadap pucuk pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kekal utuh.

YB Daroyah“Sudah tentu, kita kekal dengan prinsip (untuk) bersama dalam perjuangan KEADILAN. Walau apa pun yang akan menganggu-gugat, kita tetap teguh dengan prinsip perjuangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Dan di Selangor bersama Datuk Seri Azmin Ali. Itu kami tak berbelah bagi dalam hal itu,” katanya, lapor Antarapos.

Terdahulu, media melaporkan kononnya terdapat ADN KEADILAN akan menyertai Umno selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang sebelum ini adalah ahli KEADILAN, menyertai UMNO.

Shuhaimi 1Bagaimanapun, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafie berkata, spekulasi negatif itu dibuat bagi menganggu kelancaran pentadbiran di Selangor.

“Dipercayai tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat. Ia juga bertujuan untuk menganggu gugat kelancaran perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.