Categories
PELANCONGAN

Slip n’ Slide: Pakai pakaian sopan, tiada penjualan arak

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA, 13 SEPT: Penganjur Slide the City Malaysia, Monkey Theory Sdn Bhd meletakkan peraturan larangan memakai pakaian baju renang (berbikini) ketika karnival gelongsong air Slip n’ Slide yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leoang Delon berkata, ketetapan peraturan ‘tiada bikini’ dicapai memandangkan acara gelongsor air sepanjang 450 kaki itu adalah acara rekreasi keluarga.

“Kita menetapkan hanya pakaian sopan dan sesuai dibenarkan dan memakai bikini adalah dilarang memandangkan di Malaysia terdapat berbilang kaum yang perlu kita saling hormati.

“Selain itu, penjualan minuman keras juga tidak dibenarkan sepanjang acara itu berlangsung,” katanya.

image1 (1)Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Slide the City di GLO Damansara, di sini pagi tadi.

Selain itu, Delon berkata, pihaknya juga akan memastikan keselamatan pengunjung terjamin dalam setiap aktiviti yang berlangsung di karnival itu.

=EZY=