Categories
PBT SELANGOR

3,000 sertai Ampang Jaya Night Run 2107

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OKT: Seramai 3,000 peserta menyerati acara larian Ampang Jaya Night Run 2107, pada 30 September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, penganjurannya bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

“Selain mahukan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan dengan gaya hidup sihat, MPAJ juga ingin merapatkan hubungan sillaturrahim dengan masyarakat serta mewujudkan lebih banyak program mampan bercirikan LA21.

“Ia juga dilaksana bertujuan mempromosikan pelaksanaan program bersama dalam menggalakkan pihak swasta menunaikan tanggungjawab sosial korporat bersama Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, ia bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk memberi pendidikan dan pendedahan kesihatan kepada masyarakat.

Katanya, ia sekalig gus dapat mewujudkan persekitaran masyarakat yang bersikap positif.

Penganjuran program itu terbuka kepada dua kategori utama iaitu, Fun Run 5 kilometer (km) dan 10km.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM500 (pertama), RM400 (naib johan) dan RM300 untuk tempat ketiga.

DSC_4692