Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BURUK)

Dikeluarkan pada : 07:35am pada 25 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) – Dikeluarkan pada : 7:30pm pada 23 November 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok & Pasir Puteh), Terengganu dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan & Rompin) sehingga Ahad, 26 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada : 7:30pm pada 23 November 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan berterusan sedang berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai & Gua Musang), Pahang (Daerah Jerantut & Maran) dan Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi) sehingga Ahad, 26 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, Perak (Daerah Hulu Perak) dan Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Matu dan Daro), Sibu (Daerah Sibu), Sarikei, Betong, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Samarahan, Serian dan Kuching (Daerah Kuching dan Bau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Sabtu 25 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA