Categories
NASIONAL

Bekas Menteri Umno jawab dakwaan Pakatan tak mampu tadbir Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PAHANG, 19 NOV : Dakwaan kononnya Kerajaan Pakatan tidak mampu mentadbir Putrajaya dibidas bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, pimpinan Pakatan kini dianggotai bekas Menteri Kabinet yang kini mendokong prinsip Reformasi untuk kekal bersama Pakatan.

“Umno ragui kita ini mampu untuk tadbir Putrajaya. Adakah mereka sedar pimpinan Pakatan dianggotai bekas Menteri, Timbalan Menteri.

“Kita juga ada Menteri Besar dan Ketua Menteri. Itu sudah cukup jelas bahawa kita ada kredibiliti untuk memimpin Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Simpang Kepayang, Bera, semalam.

Untuk rekod, antara pimpinan tertinggi yang pernah menerajui Kabinet Putrajaya adalah, Tun Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak dilupakan, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menganggotai kabinet Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Selain itu, Pakatan turut dianggotai Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk bersama Pakatan.

=EZY=