GEORGE TOWN, 8 NOV: Hujan lebat kira-kira setengah jam mulai jam 10 pagi ini menyebabkan bilangan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan meningkat petang ini.
Setakat jam 2.30 petang, sejumlah 4,454 orang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan, meningkat berbanding 3,482 orang di sebelah pagi.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata pemindahan baharu itu melibatkan kawasan Lahar Yooi. Tasek Gelugor dan Padang Menora.
“Seramai 2,766 orang daripada 650 keluarga berada di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara dan 1,598 orang daripada 465 keluarga di Seberang Perai Tengah,” katanya lapor BERNAMA.
=EZY=