Categories
NASIONAL

MB santuni rakyat Perak

OLEH HAFIZAN TAIB

CHEMOR, 17 NOV: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program turun padang, di Perak dengan menyertai orang ramai bersolat Jumaat, di Masjid At-Taiyyibin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu menyantuni masyarakat setempat selepas solat sempena Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat, di negeri berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN kemudian ke Kampung Ulu Chemor bagi menghadiri jamuan Kenduri Rakyat.

Mohamed Azmin sebelum itu bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Perak mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Bandar Ipoh Raya, Ipoh.