Categories
SELANGOR

Zon gerai makan MPAJ buka ruang perniagaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Langkah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mewujudkan zon gerai makan membuka ruang orang ramai menjalankan perniagaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pendekatan MPAJ dipuji bagi membantu rakyat dalam keadaan peluang pekerjaan semakin berkurangan.

“Tahniah kepada MPAJ yang mewujudkan zon gerai makan di hadapan pasar raya 99 Speedmart, Jalan Pandan Mewah dekat Masjid Al-Azim yang beroperasi di sebelah malam,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau yang sebelum ini membantah apabila gerai dibuka, pada waktu malam di situ kerana dimonopoli seorang peniaga, menyokong apabila MPAJ membenarkan lebih banyak gerai beroperasi.

Katanya, ia memberi peluang kepada lebih ramai peniaga, di kawasan itu yang boleh memuatkan tiga atau empat gerai lagi.

“Saya berharap MPAJ tidak akan menghalang peniaga lain kerana mereka akan dituduh sebagai pilih kasih atau terdapat sesuatu tidak kena.

“Saya tahu ada beberapa peniaga yang berminat,” katanya.