Categories
GLOBAL

65 wartawan dan petugas media maut sepanjang 2017

PARIS 19 DIS: Seramai 65 wartawan dan petugas media terbunuh di seluruh dunia sepanjang 2017, demikian angka tahunan yang diterbitkan dalam jurnal Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) hari ini.

Antara yang terkorban ialah 50 wartawan profesional, angka terendah dilaporkan sejak 14 tahun lalu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Syria yang dihimpit peperangan kekal sebagai negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, kata RSF, dengan 12 wartawan terbunuh, diikuti Mexico dengan 11 dibunuh.

Mereka termasuk Javier Valdez, antara wartawan tersohor dalam arena perang dadah di Mexico yang ditembak mati di kawasan terbuka dekat Sinaloa.

Pembunuhan beliau pada Mei lalu mencetuskan kemarahan dan bantahan antarabangsa.

Tambah laporan itu, daripada 65 yang maut, 39 daripadanya dibunuh, manakala yang lain terbunuh ketika bertugas, seperti akibat serangan udara atau pengeboman nekad.

=EZY=