Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Anak saudara dipaksa mengaku serah wang kepada Azmin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 9 DIS: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencabar kepimpinan Umno supaya berhadapan dengan beliau secara anak jantan dan bukannya memberi tekanan kepada ahli keluarga dan suadara mara beliau.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besaritu berkata, helah kotor itu terbukti apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan alat Umno-BN untuk memaksa anak saudaranya membuat pengakuan palsu.

“Semalam anak saudara saya dibebaskan oleh SPRM selepas 10 hari di dalam tahanan dan anak saudara saya beritahu dengan peguamnya, apa yang ditanya dalam tahanan, dia paksa anak saudara saya mengaku bahawa wang yang diterima syarikat itu diserahkan kepada saya.

“Alhamdullilah, anak saudara saya juga ada prinsip, dia beritahu kepada SPRM jangan kaitkan bapa saudara saya dan dia beritahu SPRM, bapa saudaranya seorang yang berpegang kepada prinsip, dia tidak akan tunduk, dia tidak akan memberi keistimewaan kepada ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Peduli Rakyat Dato’ Menteri Besar Selangor Kota Damansara di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Subang, di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun katanya SPRM akhirnya tidak mendapat apa-apa bukti yang boleh mengaitkan beliau.

Katanya, helah kotor itu sama sesekali gagal melemahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

Katanya, namun SPRM akhirnya tidak mendapat sebarang bukti

“Adakah mereka akan berhenti di sini? Tidak, mereka akan serang saya, aibkan saya. Ini sudah menjadi asam garam dalam perjuangan.

“Jangan ingat bila kamu lawan keluarga saya, saya akan takut dan bacul. Saya bukan Pemuda Umno. Saya akan lawan habis-habisan.” katanya.

=EZY=