Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Wartawan SelangorKini ungguli anugerah MPK

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SETIA ALAM, 23 DIS : Wartawan SelangorKini, Norhayati Umor berjaya mendominasi anugerah tertinggi pada Malam Penghargaan Media, Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Setia City Convention Centre, malam tadi.

Norhayati dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah Pelancongan dan Hebahan Kreatif Media (Media Cetak) menerusi laporan, ‘Usaha Berterusan MPK Bersihkan Sungai Klang’.

Lebih manis, laporan ‘Sasar Sejuta Pelancong’ yang mefokuskan komitmen MPK meningkatkan prospek pelancongan Klang dipilih sebagai penerima bagi Anugerah Pelancongan Terbaik (Selangorkini Online).

Hadiah keseluruhan berjumlah RM600 disampaikan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Sementara sebuah lagi agensi media di bawah penjenamaan Media Selangor iaitu TV Selangor menerima pengiktirafan khas MPK bagi kategori Anugerah Pelancongan dan Hebahan Kreatif (Media TV).

Tahun lalu, pada majlis sama, Norhayati turut menerima penghargaan daripada MPK menerusi laporan kitar semula dan berjaya membawa pulang wang tunai RM650.

Terdahulu, Malam Penghargaan Media MPK dianjurkan sebagai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu menghargai sumbangan pengamal media yang membuat liputan terbaik.

Penganjurannya juga dibuat bagi mengerat hubungan silaturahim dalam kalangan media dan MPK.