OLEH SYAZWANI SUFIAN
BESTARI JAYA, 18 MAC: Seramai 166 peniaga kecil hari ini menerima bantuan Skim Hijrah (HIJRAH) bernilai RM1.3 juta bagi membantu mengembangkan perniagaan masing-masing.
Pengerusi Eksekuti Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman berkata, itu hanya sebahagian penerima hijrah yang telah dibantu bagi melebarkan golongan kelas menengah.
“Hasrat kita adalah untuk menggalakkan rakyat berniaga walau secara kecil-kecilan bagi menangani isu kemiskinan
“Melalui program Hijrah kita akan dapat menaikkan golongan kelas menengah dan memperbanyakkan lagi usahwan-usahawan berjaya,” katanya ketika ditemui Selangor Kini dalam program penyampain Hijrah di Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL) di Kampus Bestari Jaya, hari ini.
Bantuan itu diberikan antara RM5,000 hingaa RM50,000 kepada peniaga kecil bagi mengelak melakukan pinjaman bank dengan faedah yang tinggi.
Turut hadir menyampaikan sumbangan oleh Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Mohd Redzuan Othman.