Categories
NASIONAL

Pakatan lancar manifesto PRU-14 bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 MAC: Manifesto Pakatan Harapan (Pakatan) bertemakan ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ dilancarkan dengan penuh gemilang di bangunan Idea Convention Cente (IDC) di sini, malam tadi.

Majlis pelancaran itu dihadiri Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pakatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu turut hadir, Naib Presiden Pakatan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis pelancaran yang dihadiri hampir 1,000 hadirin itu turut dihadiri dua parti rakan strategik Pakatan iaitu parti Hindraf dan New Gen Party.

Ketua Setiausaha Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tarikh 8 Mac dipilih sebagai tarikh pelancaran berikutan simbolik kepada ulang tahun ke-10 kebangkitan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

“Manifesto ini bukanlah manifesto pembangkang tetapi manifesto ‘goverment-in-waiting'”, katanya dalam ucapan aluannya.

Sementara itu, Mahathir dan Wan Azizah diberi penghormatan untuk melancarkan ‘Buku Harapan’.

Manifesto terbabit menawarkan lima teras utama, 10 janji 100 hari, 60 janji lima tahun dan lima iltizam khusus.

=EZY=