OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 16 MAC: Seluruh peminat bola sepak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pastinya berdebar menantikan undian suku akhir yang dijadualkan berlangsung sekitar jam 12.00CET atau 7 malam waktu Malaysia, hari ini.
Lapan pasukan sudah mengesahkan kemaraan dengan dengan tiga kelab dari Sepanyol; Real Madrid, Barcelona, Sevilla; masing-masing dua kelab dari England dan Italy; Liverpool, Manchester City, Juventus dan Roma sementara Bayern Munich menjadi wakil tunggal dari Jerman.
Juara 12 kali, Real Madrid pastinya akan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan dan memburu trofi ke-13 dalam saingan UCL.
Empat pendahulu liga, Manchester Citu, Barcelona, Bayern Munich dan Juventus pastinya mahu mempamerkan kecemerlangan dalam peringkat eropah disebalik kehebatan di dalam liga domestik.
Juara lima kali Liverpool, Roma dan Sevilla pastinya mahu terus membuat kejutan dengan menyingkirkan pasukan lebih besar.
Majlis undian dilakukan di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland dengan penampilan bekas penyerang AC Milan, Andriy Shevchenko bagi membantu proses undian.
Undian peringkat suku akhir menggunakan format terbuka dan pasukan dari negara sama bakal berpeluang bertemu sesama sendiri.
Pasukan pertama dipilih menjadi tuan rumah dan perlawanan pertama dilangsungkan pada 3 dan 10 April atau awal pagi 4 dan 11 April waktu Malaysia.
Jadual UEFA 2017/18
Quarter-finals : 3/4 & 10/11 April
Semi-final draw : 13 April
Semi-finals : 24/25 April & 1/2 May
Final : Saturday 26 May, NSC Olimpiyskyi stadium, Kyiv