Categories
GLOBAL

22 anggota Liga Arab berkumpul di Arab Saudi

DHAHRAN 15 APR: Semua pemimpin Arab kecuali Presiden Syria, Bashar al-Assad berhimpun di Arab Saudi bagi menghadiri sidang kemuncak yang berlangsung hari ini, tatkala kuasa dunia menentang Syria dan peningkatan ketegangan antara Riyadh dan Tehran.

Arab Saudi menetapkan pendirian tegasnya, bersatu menentang pesaingnya, Iran di perhimpunan tahunan dihadiri 22 negara anggota Liga Arab itu.

Sidang kemuncak bermula 24 jam selepas Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain melancarkan serangan udara kontroversi ke atas Syria sebagai tindak balas serangan kimia terhadap pemberontak di Timur Ghouta, hujung minggu lalu.

Arab Saudi dan Qatar, kedua-duanya menyuarakan sokongan ke atas serangan itu bagaimanapun buntu dan masih terikat dengan pertikaian diplomatik dengan Riyadh, yang menuduh Doha menyokong pelampau Islam dan terlalu akrab dengan Iran.

Sidang kemuncak Liga Arab yang ditubuhkan pada 1945, jarang membuahkan hasil.

Kali terakhir, blok itu mengambil langkah berkesan adalah pada 2011 apabila mereka menggantung keahlian Syria berikutan peranan rejim Assad dalam perang.

Syria masih digantung keahlian daripada organisasi itu.

Raja Arab Saudi, Raja Salman akan mempengerusikan sidang kemuncak hari ini.

SUMBER: AFP